Thursday, December 1, 2011

Tahniah...Puan Saadiah Menimang Cahayamata

Pada 25 November 2011 (Jumaat), Puan Saadiah Mat Dahri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Strategi Korporat telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Firas Hazim di Hospital PPUM.  Kami warga kerja BSK mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahayamata setelah menunggu 11 tahun.  Semoga kedua-duanya  sihat dan dilimpahi rahmat dari Allah SWT.  

Thursday, October 27, 2011

Majlis Perpisahan

Sempena pertukaran 3 orang pegawai di BSK, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 14 Oktober 2011.  Di dalam majlis itu Encik Harmaini selaku pengacara majlis telah menyampaikan kata-kata puisi khas untuk Puan Zuraida.



Alahai kak zu,....macam sekejap je kita bersua, macam baru semalam je kita bertemu, esok lusa dah terpisah semula.

Untuk kak zu... banyak yang nak dibicara, tak terucap dengan kata-kata, kadang-kadang sedih, gembira pun ada. Dah hampir 18 tahun katanya, di sini, di BSK ni lah kak zu bertapa, lama rasanya, tak ternilai budi, tak terkira jasa. Nak di hitung bakti dan jasa, memang kak zu ibarat guru, kadang-kadang marah, kadang-kadang lucu tapi yang pasti kau tak buat sesuatu dengan melulu, kau fikir dulu, lepas tu, kau sattle satu persatu, kadang-kadang kami pun cemburu.
Kak zu.... sekali pandang sape sangka kau memang kuat, bukan kuat makan atau kuat menjerit tapi kau punya azam yang tinggi melangit, bawak fail, bawak buku sampai tersenget-senget, kadang-kadang sampai sakit, kami lihat je tak terkelip-kelip, alahai... kesiannya kak zu, dinihari kau dah keluar rumah, datang ofis tergopoh gapah nasib baik kami semua ni peramah, lega sikit lepaskan lelah.
Petang... orang dah balik tapi kau masih di bilik, banyak kerja yang nak dibelek, tapi kak zu... kau ada adik-adik, di sini di BSK, yang tinggi, yang comel mahu pun yang pendek, kau buat kami bahagia walau kadang-kadang kami terpaksa tapi amanah tetap kau jaga, itu yang buat kami gembira.
Kak zu.... kalau ada kuasa, memang kami nak halang, jangan la kau pergi ke seberang even ke selayang, memang tak jauh, tapi bukannya senang, entah bila la
dapat makan bersama lagi, esok lusa memang tak pasti, macam mana la kami nak hadapi bila kak zu dah tak da nanti, tapi kami terpaksa relakan pemergian, kerana itu sebuah perjuangan, Cuma kami minta, kisah di sini dilupa jangan, kami doakan kak zu bahagia berpanjangan, diiring doa dan juga harapan moga ingatan tetap berkekalan.
Salam sayang dari kami untuk kak zu yang kami hormati, selamat jalan, moga berjumpa lagi.

Izinkan Kak Zu  pergi

apa lagi yang nak ditangisi

semogalah pengganti kami

dapat lebih mengerti hati


memang berat kami rasa

ditinggalkan kak zu yang tercinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kami jalani

selamat tinggal 

kami doakan kak zu selalu bahagia
hanya pesan kami jangan lupa kirimkan kabar

Hasil Nukilan : Encik Harmaini Othman

Sebahagian anggota kerja BSK bergambar bersama Puan Zuraida dan Puan Aididah

Kenangan bersama

Semua anggota kerja BSK kecuali Encik Syed Zahir tiada di dalam gambar

Hadiah hari lahir untuk Rizal

Senyum...senyum..senyum...tak perlu kata apa2..Encik Harmaini Othman


Hadiah untuk Encik Harmaini disampaikan oleh Puan Saadiah


Hadiah untuk Puan Aididah


Hadiah untuk Puan Zuraida

Puan Aididah semasa memberi kata2 nasihat dan perangsang

Kenangan bersama
Sentiasa di dalam ingatan...





 











 





 


Selamat Maju Jaya

Pada 20 Oktober 2011, 3 orang anggota kerja Bahagian Strategi Korporat telah bertukar penempatan.  3 orang anggota kerja tersebut ialah Puan Zuraida Mokhtar (Pengarah Bahagian) bertukar ke IKN, Puan Aididah Ibrahim (Timbalan Pengarah) bertukar ke Melaka dan Encik Harmaini Othman (Penolong Pengarah) bertukar ke Bahagian Khidmat Pengurusan.  

Tuesday, September 20, 2011

Cenderahati Untuk Pak Ya

Gambar semasa kehadiran Zakaria Wasmat (Pak Ya) untuk menerima cenderahati dari Bahagian Strategi Korporat.

Pak Ya bersama Puan Aididah

Pak Ya bersama Puan Zuraida



Selamat Hari Lahir ... Puan Zuraida

9 September 2011 yang lalu satu majlis jamuan perpisahan untuk Zakaria Wasmat (Pak Ya) dan Hari Lahir Puan Zuraida  Mokhtar, Pengarah Bahagian Strategi Korporat telah diadakan.  Walaupun majlis tersebut tanpa kehadiran Pak Ya atas sebab-sebab urusan yang tidak dapat dielakkan, majlis tetap berjalan sepertimana yang dirancangkan.  Biarpun sederhana, tetapi tetap meriah.  Selamat Hari Lahir Puan Zuraida atau lebih dikenali dengan Kak Zu.  















Tuesday, September 13, 2011

Selamat Bersara Zakaria Wasmat (Pak Ya)

Encik Zakaria Wasmat atau lebih dikenali dengan Pak Ya telah bersara pada 6.9.2011.  Walaupun beliau telah lama bertukar dari Bahagian Strategi Korporat ke Bahagian Khidmat Pengurusan dan seterusnya ke Bahagian Kewangan & Pembangunan, namun keakraban anggota kerja bahagian Strategi Korporat dan beliau tetap diteruskan.  Beliau seorang yang tidak lokek untuk memberi senyuman dan sentiasa memberi pertolongan sekiranya memerlukan pertolongan beliau.  Semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang diceburi di masa akan datang.  
Zakaria Wasmat (Pak Ya)
Pak Ya bersama rakan kerja yang pernah bekerja bersama
     
Bergambar sebelum bersara...
 


  
 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates