Monday, April 25, 2011

Mesyuarat Pemantauan - Cawangan Pahang

Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan di Cawangan Pahang akan diadakan pada 26 April 2011 (Selasa), jam 10.00 pagi.  Seramai 3 orang pegawai dari Bahagian Strategi Korporat akan terlibat di dalam sesi pemantauan ini iaitu Puan Zuraida Mokhtar, Puan Aididah Ibrahim dan Encik Harmaini Othman.  Semasa sesi pemantauan tersebut, lawatan ke bengkel usahawan akan dibuat di Tembusu Kraf, Cheraing BnB Craft dan RM Batik.

Friday, April 22, 2011

Renungan Pagi Jumaat

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu, kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam, kemudian bagaikan sedekah telur" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya" (Riwayat Muslim & Ahmad)


Gambar Hiasan..Google

Thursday, April 21, 2011

Tahniah - APC

Tahniah diucapkan kepada Encik Syed Zahir Syed Omar kerana telah disenaraikan antara yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2010.  Semoga beliau lebih cemerlang di masa-masa yang akan datang.  TAHNIAH! 

Program Bicara ICT

Seramai 5 orang anggota kerja BSK telah menghadiri sesi Program Bicara ICT yang bertajuk “BLOG”.  Anggota kerja tersebut seperti berikut:
  • Encik Amerus Che Onn – Pegawai Ehwal Ekonomi
  • Puan Noraini Othman – Pegawai Ehwal Ekonomi
  • Encik Syed Zahir Syed Omar – Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi
  • Puan Zulaili Abdul Kadir – Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
  • Puan Norma Desa – Pembantu Tadbir
Dalam sesi tersebut penceramah telah memberi input-input yang baik terutamanya cara-cara penyediaan blog. Kami mengucapkan terima kasih kepada Bahagian IT kerana telah memberi ilmu yang berguna untuk semua di masa hadapan. 

Jumpa lagi …………………………….akan datang!!!!!!!

Friday, April 15, 2011

Sekalung TAHNIAH

Warga kerja Bahagian Strategi Korporat mengucapkan sekalung tahniah kepada semua anggota kerja yang telah dinaikkan pangkat khususnya kepada Puan Zuraida Mokhtar, Pengarah Bahagian Strategi Korporat yang telah dinaikkan pangkat dari E52 kepada E54, Puan Aididah Ibrahim dari E48 kepada E52 dan tidak ketinggalan juga kepada Puan Saadiah Mat Dahri dari E41 kepada E44.  


Tuesday, April 5, 2011

Dari BSK Ke BU

Puan Azuana Ahmad, Pembantu Tadbir di Bahagian Strategi Korporat telah bertukar ke Bahagian Usahawan berkuatkuasa pada 1 April 2011. Beliau telah menunjukkan kesungguhan bekerja dengan penuh komitmen terhadap bahagian dan Kraftangan Malaysia amnya. Kami berasa kehilangan dan mengucapkan selamat maju jaya.   Bahagian Strategi Korporat juga mengucapkan selamat datang kepada Encik Mohd. Shariff Hamid yang akan menjadi anggota keluarga bahagian ini mulai 1 April 2011.  


Dari BSK Ke BKP

Seorang anggota kerja Bahagian Strategi Korporat (BSK) telah ditukarkan penempatan ke Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).  Kami mengucapkan Selamat Maju Jaya di Bahagian yang baru.


Monday, April 4, 2011

Dari BSK Ke Promosi

Seorang anggota kerja Bahagian Strategi Korporat iaitu Encik Mohammad Nasser Baharin telah bertukar bahagian dari BSK ke Promosi.  Pertukaran ini dibuat kerana beliau telah berjaya dalam temuduga jawatan E41. Kehilangan beliau di dalam BSK amat dirasai, walau bagaimanapun BSK mengucapkan sekalung TAHNIAH dan selamat maju jaya di bahagian yang baru.  Harap jangan lupakan kami di sini...

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates