Wednesday, June 22, 2011

BERPADA-PADA DALAM SEDEKAH

Hadith:


HAKIM Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan berilah lebih dahulu kepada orang yang engkau tanggungi.


Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang sesudah kita berikan masih ada sisa yang cukup bagi kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada yang haram dan meminta-minta, nescaya Allah menjadikannya orang yang terpelihara.


Dan sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberi kecukupan, nescaya Allah memberikan kecukupan untuknya."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Huraian Hadith:


Sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang tidak membuatkan kita ditimpa kesusahan akibat terlalu banyak memberi atau dengan perkataan lain pastikan masih ada sisa yang tinggal untuk kita meneruskan kehidupan.


Malah dalam bersedekah juga utamakanlah orang yang di bawah tanggungan kita terlebih dahulu daripada yang lain.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, June 16, 2011

Semoga Cepat Sembuh...Puan Saadiah Mat Dahri

Puan Saadiah Mat Dahri telah dimasukkan ke Hospital Subang Jaya pada 13 Jun 2011 kerana masalah asma/lelah yang teruk.  Diharap beliau sembuh dengan segera.  

Wednesday, June 8, 2011

Penjimatan Utiliti

Selaras dengan usaha mengurangkan perbelanjaan awam dan mengamalkan perbelanjaan berhemat bahagian menyarankan agar semua warga Kraftangan Malaysia untuk memadam ('switch off') semua peralatan ICT yang tidak digunakan terutamanya semasa meninggalkan pejabat (menghadiri mesyuarat, kursus, seminar dan lain-lain) dan selepas waktu pejabat .Antara peralatan tersebut adalah Komputer Peribadi , Mesin Pencetak, Mesin Pengimbas;Mesin Penyalin dan peranti ICT yang lain.

Peralatan-peralatan ini lazimnya menggunakan sehingga 80% bekalan tenaga semasa berada dalam keadaan mod tunggu sedia ('standby mode') atau mod jimat tenaga (‘power saving mode’). Secara purata seunit PC menggunakan bekalan tenaga berkuasa 300W. Dengan operasi selama lapan (8) jam sehari, lima (5) hari seminggu, kos penggunaan elektrik seunit PC dianggarkan berjumlah RM 18.70 sebulan. Kos hanya berkurangan sebanyak 90 sen kepada RM 17.90 sekiranya PC tersebut ditinggalkan dalam mod ‘tunggu sedia’ selama dua (2) jam setiap hari. Contoh perbandingan adalah seperti berikut:


Jumlah Watt Jam Yang Digunakan Sebulan : 300W x 8 jam sehari x 5 hari seminggu x 4 minggu sebulan

= 48,000 Wj (Anggaran Penggunaan 8 jam sehari)

Caj Sebelum Kenaikan = 48 kWj x 0.37 sen = RM 17.80

Caj Semasa = 48 kWj x 0.39 sen = RM 18.70

Kadar Tarif Elektrik bagi Premis Kerajaan sebelum kenaikan tarif Elektrik adalah 1kWj = 37 sen
Kadar semasa Tarif Elektrik bagi Premis Kerajaan adalah 1kWj = 39 sen

Daripada kiraan perbandingan ini, kos penggunaan sebelum kenaikan tarif elektrik bagi seunit PC selama 8 jam sehari bagi tempoh sebulan adalah RM 17.80, kos semasa selepas kenaikan tarif elektrik adalah RM 18.70.


Kawalan terhadap penggunaan tenaga peralatan ICT ini diharap dapat menyumbang kepada pengurangan perbelanjaan utiliti Kraftangan Malaysia, di samping menyokong dasar ICT Hijau MAMPU untuk meningkatkan penggunaan ICT dan mengurangkan penggunaan tenaga.  
Sumber : BPM KPKK

The 12th Meeting of ASEAN-COCI Sub-Committee on Culture

Puan Zuraida Mokhtar Pengarah BSK sedang menghadiri The 12th Meeting of ASEAN-COCI Sub-Committee on Culture 7-10 June 2011, Louang Prabang, Lao PDR. Beliau mengikuti rombongan bersama-sama KPKK. Puan Zuraida akan menbentangkan 2 kertas cadangan iaitu Asean Master Craftsmen Phase 2 dan SMCE - Wood Craft Industry.
 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates