Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan hadirnya peristiwa besar Nuzul Al-Quran dengan itu marilah kita menggandakan amal ibadah
dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan, sebagai rujukan dan sebagai
pembentuk jiwa agar kita begitu hampir dan bertaqwa kepada Allah SWT, dengan
melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan
kita akan mendapat kebaikan di dunia mahupun di akhirat.