Friday, November 12, 2010

Mesyuarat Pengarah-Pengarah

Mesyuarat Pengarah-Pengarah telah diadakan pada 24 Oktober 2010 di Cawangan Kelantan.  Mesyuarat dihadiri oleh En. Khamis Yasin Pengarah Cawangan Kelantan, Tuan Haji Shahrudin Mohd Nor Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Zuraida Mokhtar Pengarah BSK, Tuan Haji Mohd Mokhtar Lop Ahmad Pengarah Bahagian Usahawan, En. Yusak Mahamud Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, En. Ibrahim Ismail Pengarah Bahagian Pasaran Promosi, En. Kamaruzaman Idris Pengarah Bahagian Teknikal dan Ketua-ketua Unit Cawangan.  Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. En. Mohd. Kamil Mohd Ali Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

YBhg. Ketua Pengarah dan Ahli Mesyuarat telah membuat lawatan ke bengkel kraf di Pusat Inovasi Batik Kelantan selepas mesyuarat pada jam 12.00 tengahari.  Pada jam 2.30 petang YBhg. Ketua Pengarah dan Ahli Mesyuarat telah bertolak ke Bachok untuk membuat lawatan ke atas bengkel usahawan SDSI Atap Singhora yang menerima bantuan dari Kraftangan Malaysia.
Mesyuarat sedang diadakan

Lawatan Ke Bengkel Inkubator : Mesin Silkscreen

Lawatan Ke Bengkel Inkubator : Mesin Siliket

Lawatan Ke Bengkel : Batik Canting

Lawatan Ke Bengkel Inkubator : Kraf Perak

Bengkel Usahawan SDSI Atap Singhora, Bachok, Kelantan

Thursday, August 12, 2010

TAHNIAH...

Ucapan TAHNIAH ditujukan kepada Puan Zulaili Abdul Kadir kerana telah menimang cahayamata lelaki pada 26 Julai 2010, Amsyar Faqih Shah (2.8 kg).

Pengarah BSK sedang memangku anak Puan Zulaili.

Ucapan TAHNIAH turut ditujukan kepada Encik Mohammad Nasser Baharin kerana telah mendapat tempat ke-2 di dalam peraduan teka silang kata anjuran Bahagian Pemuliharaan.  Hadiah saguhati turut diterima oleh Encik Khairul Rizal dan Cik Noraini.



Thursday, July 8, 2010

Mesyuarat HKK Bil. 01/2010

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan & Sambutan HKK 2011 Bil. 1/2010 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh  : 13 Julai 2010 (Selasa)
Masa   : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Bangunan Seri Utama
Pengerusi : Yang Berusaha Ketua Pengarah

Semua Ahli Jawatankuasa akan menghadiri mesyuarat tersebut.

Pengarah BSK Ke Solo, Indonesia

Puan Zuraida Mokhtar, Pengarah BSK sedang menghadiri Mesyuarat Ke-11 Sub-Committee On Culture (SCC) di Solo, Indonesia mulai dari 6 - 9 Julai 2010.  Beliau akan kembali ke pejabat pada 12 Julai 2010.

Ahli Keluarga Baru BSK

Bahagian Strategi Korporat telah menerima 3 anggota kerja baru iaitu Encik Amerus Che Onn (E41), Encik Harmaini Othman (E41) dan Puan Aididah Ibrahim (E48). 

Majlis Perpisahan

Bahagian Strategi Korporat telah kehilangan 2 orang lama yang bertukar ke Cawangan N9 dan Bahagian Usahawan.  Pegawai tersebut ialah Puan 'Ainu Sham binti Haji Ramli ke Bahagian Usahawan dan Puan Rugayah Mohd. Salleh ke Cawangan N9.  Selama 8 tahun mereka berada di Bahagian Strategi Korporat.  Satu majlis perpisahan telah dibuat di BSK.




Tuesday, June 1, 2010

Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 04/2010

Mesyuarat Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia  Bil. 04/2010 akan diadakan pada 8 Jun 2010 di Kuching Sarawak.  Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Zakiah Ahmad.  Ahli mesyuarat akan bertolak ke Sarawak pada 6 Jun 2010. 

Tuesday, May 25, 2010

Mesyuarat Pengarah Bahagian & Pusat Inovasi Seramik di Kuala Kangsar, Perak

Pada 18 Mei 2010 Bahagian BSK telah mengurusetiakan satu Mesyuarat Pengarah Bahagian & Pusat Inovasi Seramik Perak.  Mesyuarat dihadiri oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Pengarah BSK, Pengarah R&D, Pengarah Promosi, Pengarah Usahawan dan Pengarah Cawangan Perak.   Lawatan ke bengkel usahawan seramik turut diadakan semasa mesyuarat tersebut.
Semasa mesyuarat.
Lawatan ke Galeri Kraf Pusat Inovasi Seramik, Perak
Lawatan ke Pusat Gunasama di Cawangan Perak.
Lawatan ke bengkel seramik (Rofi bin Sibun)
Lawatan ke bengkel seramik (Fazilah Kraf)
 Lawatan ke bengkel gunasama

Lawatan ke bengkel gunasama

Produk yang dihasilkan oleh usahawan seramik

Bantuan mesin tanur yang diberikan kepada usahawan 

Mesyuarat KMK

Pada 11 Mei 2010, Bahagian Strategi Korporat (BSK) telah mengadakan satu mesyuarat KMK yang dipengerusikan oleh Encik Mohammad Nasser selaku Ketua Kumpulan. Kumpulan KMK Bahagian Strategi Korporat dianggotai oleh Encik Amerus, Encik Syed Zahir, Puan Zulaili, Puan Marlina, Puan Ainiatul Hasmiah, Puan Asmah, Puan Azuana, Encik Rosmadi dan Encik Khairul Rizal. KMK ini ditubuhkan bagi menyahut saranan KPKK dan Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia yang menyarankan supaya setiap bahagian mempunyai Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK).


Gambar-gambar sekitar mesyuarat KMK.
 

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates