Wednesday, June 8, 2011

Penjimatan Utiliti

Selaras dengan usaha mengurangkan perbelanjaan awam dan mengamalkan perbelanjaan berhemat bahagian menyarankan agar semua warga Kraftangan Malaysia untuk memadam ('switch off') semua peralatan ICT yang tidak digunakan terutamanya semasa meninggalkan pejabat (menghadiri mesyuarat, kursus, seminar dan lain-lain) dan selepas waktu pejabat .Antara peralatan tersebut adalah Komputer Peribadi , Mesin Pencetak, Mesin Pengimbas;Mesin Penyalin dan peranti ICT yang lain.

Peralatan-peralatan ini lazimnya menggunakan sehingga 80% bekalan tenaga semasa berada dalam keadaan mod tunggu sedia ('standby mode') atau mod jimat tenaga (‘power saving mode’). Secara purata seunit PC menggunakan bekalan tenaga berkuasa 300W. Dengan operasi selama lapan (8) jam sehari, lima (5) hari seminggu, kos penggunaan elektrik seunit PC dianggarkan berjumlah RM 18.70 sebulan. Kos hanya berkurangan sebanyak 90 sen kepada RM 17.90 sekiranya PC tersebut ditinggalkan dalam mod ‘tunggu sedia’ selama dua (2) jam setiap hari. Contoh perbandingan adalah seperti berikut:


Jumlah Watt Jam Yang Digunakan Sebulan : 300W x 8 jam sehari x 5 hari seminggu x 4 minggu sebulan

= 48,000 Wj (Anggaran Penggunaan 8 jam sehari)

Caj Sebelum Kenaikan = 48 kWj x 0.37 sen = RM 17.80

Caj Semasa = 48 kWj x 0.39 sen = RM 18.70

Kadar Tarif Elektrik bagi Premis Kerajaan sebelum kenaikan tarif Elektrik adalah 1kWj = 37 sen
Kadar semasa Tarif Elektrik bagi Premis Kerajaan adalah 1kWj = 39 sen

Daripada kiraan perbandingan ini, kos penggunaan sebelum kenaikan tarif elektrik bagi seunit PC selama 8 jam sehari bagi tempoh sebulan adalah RM 17.80, kos semasa selepas kenaikan tarif elektrik adalah RM 18.70.


Kawalan terhadap penggunaan tenaga peralatan ICT ini diharap dapat menyumbang kepada pengurangan perbelanjaan utiliti Kraftangan Malaysia, di samping menyokong dasar ICT Hijau MAMPU untuk meningkatkan penggunaan ICT dan mengurangkan penggunaan tenaga.  
Sumber : BPM KPKK

0 comments:

Post a Comment

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates