Thursday, November 21, 2013

Untuk Memahami GST - Apa Yang Perlu Anda Tahu?




GST (Goods & Services Tax) atau CBP (Cukai Barang & Perkhidmatan)  adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dibayar apabila pengguna berbelanja. GST akan menggantikan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP). Ia bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisyen, telus dan mesra perniagaan. GST mula dilaksanakan di negara Peranchis seawal tahun 1950an. Kini, lebih 160 negara telah melaksanakan GST. Di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakan. Malaysia akan melaksanakan GST pada 1 APRIL 2015.



BAGAIMANA GST DIKUTIP?

Kutipan GST melibatkan kutipan di setiap rantaian bekalan dari pengilang, pemborong, peruncit sehinggalah pembeli/pengguna. Setiap kali berlaku transaksi di dalam rantaian bekalan pemborong dan peruncit yang mengutip GST akan menuntut balik input cukai GST yang dikenakan (Pembekalan Berkadar Standard).




* ilustrasi menunjukkan contoh bagaimana kutipan dan tuntutan balik input cukai dengan harga dan nilai jualan.

BAGAIMANA DENGAN PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR?

Ini adalah bekalan yang dikenakan cukai yang tertakluk kepada kadar sifar. Perniagaan adalah layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperoleh bekalan ini dan mengenakan CBP (GST) pada sifar kadar kepada pengguna.






Nota :
  • Dalam contoh di atas, pembekalan oleh pemborong adalah pembekalan berkadar sifar. Tiada CBP dikutip oleh pemborong pada jualan kepada pengguna tetapi dia berhak untuk menuntut semua CBP input ke atas overhead, jentera dan pembungkusan.
  • Bagaimanapun, bagi ilustrasi di atas, input lain diabaikan. Harga akhir pengguna perlu membayar RM 125.00 (tiada CBP).




BAGAIMANA DENGAN PEMBEKALAN DIKECUALIKAN?

Ini adalah pembekalan tanpa cukai yang tidak tertakluk kepada CBP. Perniagaan tidak layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperoleh bekalan ini, dan tidak boleh mengenakan cukai output kepada pengguna.







FAEDAH-FAEDAH GST :
  1. Mengurangkan Kos Perniagaan : Dibawah CJP, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun, dengan GST, peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.
  2. Meningkatkan Pematuhan : CJP mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan.
  3. Mengurangkan Karenah Birokrasi : Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.
  4. Memberi Kesaksamaan : Kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhdimatan.
  5. Menjadikan Harga Lebih Berpatutan Kepada Pengguna : GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.
  6. Menjamin Ketelusan : GST adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.





JENIS BARANG / PERKHDIMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST

Bagi tujuan sosio-ekonomi, barang dan perkhidmatan tertentu tidak dikenakan GST, antaranya :

  • Makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak.
  • Pembelian dan penyewaan rumah kediaman.
  • Jual beli tanah pertanian.
  • Pendidikan.
  • Pengangkutan awam.
  • Perkhidmatan kesihatan.

* Harapan penulis agar maklumat-maklumat di atas yang serba ringkas dapat memberi penerangan secara dasar mengenai GST. Pembaca-pembaca budiman dinasihatkan agar dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan GST di laman-laman sesawang.

















2 comments:

Anonymous said...

Good job. Berikut cadangan pembetulan fakta mengenai GST:

1) Rajah "Apa it GST?
Cukai GST 6%, bukan 4%
Cukai perkhidmatan 6%, bukan 5%

2) Rajah "Model GST yang dicadangkan
- Pembekalan Berkadar Sifar"
Bekalan air "tiada had" bukan 35 cu.m

3) Rajah "Kalau dulu Sales Tax 6%"
Sales tax 10%, bukan 6%
Service tax 6%, bukan 10%

samdol said...

tq info

Post a Comment

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates