Thursday, January 9, 2014

Langkah Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Sektor Awam


Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula pada 1 Januari 2014 dalam usaha untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemat.
11 langkah tersebut adalah seperti berikut :
  1. Elaun keraian menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan dikurangkan  sebanyak 10%. Elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas akan dikurangkan sebanyak 5% hingga 10%.
  2. Pengurangan sebanyak 5% kos utiliti elektrik di kesemua kementerian/jabatan/agensi/premis kerajaan.
  3. Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau 30%.
  4. Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian/jabatan/premis kerajaan dibekukan.
  5. Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study, di mana cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
  6. Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  7. Pindaan terhadap kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam. Sebagai contoh, kelayakan penerbangan sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
  8. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  9. Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  10. Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis kerajaan.
  11. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) dan juga kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

0 comments:

Post a Comment

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates