Thursday, October 10, 2013

Lawatan Felo Perdana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) Ke Kraftangan Malaysia

Pada 9 Oktober 2013, Kraftangan Malaysia telah menerima kunjungan 2 peserta Felo Perdana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) iaitu En. Aliff Ashari dan Cik Farah Norzam. Lawatan berkenaan adalah bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai struktur dan peranan Kraftangan Malaysia selaku agensi peneraju industri kraf negara. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Norizan binti Lob bertempat di Pusat Rekaan Kraf.
Untuk makluman, program Felo Perdana telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada anak muda Malaysia menimba pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara. Mereka terdiri daripada 70 anak muda yang merupakan lepasan graduan dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Program ini juga berteraskan beberapa elemen seperti mengenal pasti bakat kepimpinan muda, kerajaan sebagai kerajaan yang mesra orang muda dan kepentingan kepada penglibatan yang strategik.
Peserta Felo Perdana telah dibawa melawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur serta Muzium Kraf dan butik Karyaneka. Selain itu juga, peserta tersebut telah dibawa untuk melawat Institut Kraf Negara. Terima kasih diucapkan kepada Puan Zuraida binti Mokhtar selaku Pengarah Institut Kraf Negara yang telah sudi meluangkan masa untuk memberi penerangan ringkas mengenai IKN serta lawatan ke bengkel-bengkel jurusan kraf.

0 comments:

Post a Comment

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates