Friday, November 12, 2010

Mesyuarat Pengarah-Pengarah

Mesyuarat Pengarah-Pengarah telah diadakan pada 24 Oktober 2010 di Cawangan Kelantan.  Mesyuarat dihadiri oleh En. Khamis Yasin Pengarah Cawangan Kelantan, Tuan Haji Shahrudin Mohd Nor Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Zuraida Mokhtar Pengarah BSK, Tuan Haji Mohd Mokhtar Lop Ahmad Pengarah Bahagian Usahawan, En. Yusak Mahamud Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, En. Ibrahim Ismail Pengarah Bahagian Pasaran Promosi, En. Kamaruzaman Idris Pengarah Bahagian Teknikal dan Ketua-ketua Unit Cawangan.  Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. En. Mohd. Kamil Mohd Ali Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

YBhg. Ketua Pengarah dan Ahli Mesyuarat telah membuat lawatan ke bengkel kraf di Pusat Inovasi Batik Kelantan selepas mesyuarat pada jam 12.00 tengahari.  Pada jam 2.30 petang YBhg. Ketua Pengarah dan Ahli Mesyuarat telah bertolak ke Bachok untuk membuat lawatan ke atas bengkel usahawan SDSI Atap Singhora yang menerima bantuan dari Kraftangan Malaysia.
Mesyuarat sedang diadakan

Lawatan Ke Bengkel Inkubator : Mesin Silkscreen

Lawatan Ke Bengkel Inkubator : Mesin Siliket

Lawatan Ke Bengkel : Batik Canting

Lawatan Ke Bengkel Inkubator : Kraf Perak

Bengkel Usahawan SDSI Atap Singhora, Bachok, Kelantan

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates