Thursday, November 28, 2013

SESI PEMUKIMAN RANCANGAN MALAYSIA Ke-11 (RMKe-11) TAHUN 2016-2020


Satu sesi pemukiman (retreat) penyediaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMke-11) telah diadakan pada 22-25 November 2013 bertempat di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi. Sesi pemukiman ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Dato' Mohd. Kamil Mohd. Ali dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kraftangan Malaysia.


Di antara pengisian pada sesi pemukiman pada kali ini adalah :

  • Taklimat penyediaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).
  • Pembentangan Pencapaian Key Performance Indicator (KPI) 2013 oleh Pengarah-Pengarah Cawangan.
  • Pembentangan Perancangan Kerja Tahunan (PKT) bagi tahun 2014 oleh Pengarah-Pengarah Bahagian.
  • Penyediaan RMKe-11 mengikut program-program iaitu :
                 - Program Pemasaran Kraf
                 - Program Penyelidikan dan Pembangunan
                 - Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
                 - Program Pembangunan Kemahiran Kraf
                 - Program Jejak Warisan Kraf
                 - Program Fizikal




Bahagian Strategi Korporat selaku urus setia pada sesi pemukiman ini mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang telah terlibat dalam penyediaan RMKe-11. Turut tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada anggota kerja Kompleks Kraf Langkawi yang turut membantu bagi menjayakan sesi pemukiman ini.





Wednesday, November 27, 2013

PROGRAM BICARA AGAMA BERSAMA USTAZ DON : HIJRAH SATU PENGORBANAN


Salam sejahtera,
Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mengadakan PROGRAM BICARA AGAMA BERSAMA USTAZ DON. Maklumat berkenaan program tersebut adalah seperti berikut :
TARIKH                :          28 NOVEMBER 2013 (hari Khamis)
MASA                    :          9:30 pagi hingga 10:30 pagi
TEMPAT               :          PANGGUNG SARI
                                          BANGUNAN SERI UTAMA
                                          KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
PENCERAMAH    :         USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID
Semua anggota kerja ibupejabat Kraftangan Malaysia, PKKM Cawangan Selangor, Institut Kraf Negara (IKN), Karyaneka dan Kraf Holdings dijemput untuk menghadiri program bicara agama ini.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).


                   


Thursday, November 21, 2013

Untuk Memahami GST - Apa Yang Perlu Anda Tahu?




GST (Goods & Services Tax) atau CBP (Cukai Barang & Perkhidmatan)  adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dibayar apabila pengguna berbelanja. GST akan menggantikan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP). Ia bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisyen, telus dan mesra perniagaan. GST mula dilaksanakan di negara Peranchis seawal tahun 1950an. Kini, lebih 160 negara telah melaksanakan GST. Di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakan. Malaysia akan melaksanakan GST pada 1 APRIL 2015.



BAGAIMANA GST DIKUTIP?

Kutipan GST melibatkan kutipan di setiap rantaian bekalan dari pengilang, pemborong, peruncit sehinggalah pembeli/pengguna. Setiap kali berlaku transaksi di dalam rantaian bekalan pemborong dan peruncit yang mengutip GST akan menuntut balik input cukai GST yang dikenakan (Pembekalan Berkadar Standard).




* ilustrasi menunjukkan contoh bagaimana kutipan dan tuntutan balik input cukai dengan harga dan nilai jualan.

BAGAIMANA DENGAN PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR?

Ini adalah bekalan yang dikenakan cukai yang tertakluk kepada kadar sifar. Perniagaan adalah layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperoleh bekalan ini dan mengenakan CBP (GST) pada sifar kadar kepada pengguna.






Nota :
  • Dalam contoh di atas, pembekalan oleh pemborong adalah pembekalan berkadar sifar. Tiada CBP dikutip oleh pemborong pada jualan kepada pengguna tetapi dia berhak untuk menuntut semua CBP input ke atas overhead, jentera dan pembungkusan.
  • Bagaimanapun, bagi ilustrasi di atas, input lain diabaikan. Harga akhir pengguna perlu membayar RM 125.00 (tiada CBP).




BAGAIMANA DENGAN PEMBEKALAN DIKECUALIKAN?

Ini adalah pembekalan tanpa cukai yang tidak tertakluk kepada CBP. Perniagaan tidak layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperoleh bekalan ini, dan tidak boleh mengenakan cukai output kepada pengguna.







FAEDAH-FAEDAH GST :
  1. Mengurangkan Kos Perniagaan : Dibawah CJP, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun, dengan GST, peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.
  2. Meningkatkan Pematuhan : CJP mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan.
  3. Mengurangkan Karenah Birokrasi : Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.
  4. Memberi Kesaksamaan : Kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhdimatan.
  5. Menjadikan Harga Lebih Berpatutan Kepada Pengguna : GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.
  6. Menjamin Ketelusan : GST adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.





JENIS BARANG / PERKHDIMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST

Bagi tujuan sosio-ekonomi, barang dan perkhidmatan tertentu tidak dikenakan GST, antaranya :

  • Makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak.
  • Pembelian dan penyewaan rumah kediaman.
  • Jual beli tanah pertanian.
  • Pendidikan.
  • Pengangkutan awam.
  • Perkhidmatan kesihatan.

* Harapan penulis agar maklumat-maklumat di atas yang serba ringkas dapat memberi penerangan secara dasar mengenai GST. Pembaca-pembaca budiman dinasihatkan agar dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan GST di laman-laman sesawang.

















Friday, November 15, 2013

Sekalung Tahniah

Bahagian Strategi Korporat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anak-anak anggota Kraftangan Malaysia yang telah menempa kejayaan di dalam peperiksaan UPSR dan juga UPSRA bagi tahun 2013 yang telah diumumkan pada 14 November 2013. Semoga momentum kejayaan yang cemerlang dapat dikekalkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Syabas !

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

Bahagian Strategi Korporat mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435H kepada seluruh warga Kraftangan Malaysia semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik olehNya. Moga beroleh keberkatan...Amin.



Friday, November 1, 2013

Mohon Derma Darah Jenis A Negatif (A-)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Untuk makluman, ibu kepada Puan Marlina binti Zakaria dari Bahagian Strategi Korporat telah dimasukkan ke Wad ICU Hospital Ampang pada 29 Oktober 2013 (Selasa) kerana mengalami stroke dan masih tidak sedarkan diri sehingga kini.

Sehubungan dengan itu, ibunya akan menjalani pembedahan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada hari ini (1 November 2013) dan memerlukan darah jenis A negatif (A-).  Pada masa ini, Pusat Darah Negara memaklumkan pihaknya hanya mempunyai bekalan 1 beg darah jenis A negatif (A-).  Dipohon kerjasama tuan/puan yang memiliki darah jenis tersebut sudi menderma dan menghubungi Puan Marlina binti Zakaria (019-6965218) atau Pusat Darah Negara (03-2693 3888).

Jasa baik tuan/puan amatlah diharapkan.  

Thursday, October 31, 2013

10 Ways To Improve Your Mood

  1. Here comes the sun. Sunlight is great way to instantly make you feel better. Just 30 minutes in the sun (don't forget to use sunscreen!) will cheer you up and make you appreciate your surroundings.
  2. Laugh your way to happiness. It's almost impossible to feel blue if you are laughing until your cheecks hurt. Rent a favorite comedy movie or go online to check out funny videos, and get ready for the giggles!
  3. Shake your booty. Exercising is one of the best ways to feel better in no time. It's a stress-reliever and changes the way you feel and look! Call up a friend for that extra motivation.
  4. Give your pet some lovin'. Pets are great mood enhancers and overall companions. Many studies have shown that spending time with your pet will instantly improve your mood.
  5. Breathe! Slowly inhale and exhale, breathe in and breathe out. Bringing the focus back to your breathing will allow you to let go of tensions in your body.
  6. Rely on your support group. When you feel a bit low on energy, call a friend...or two. Take an interest in your loved ones' lives and share stories about your day. SHARING IS CARING !
  7. Sleep! There is nothing like getting under your covers, stretching out your legs and enjoy a nice slumber. Spending some quality time between the sheets will help you feel better, maintain a healthy weight, focus more and fight off stress.
  8. Treat yourself. It doesn't have to be ridiculously expensive pair of shoes, but do something you like, just because you deserve it. Take a nice bubble bath, get your hair or nails done, or enjoy a delicious dinner: whatever puts a smile on your face.
  9. Give to others. Volunteering is a wonderful way to boost your mood and make you feel better. Helping others will make you more empathic and sympathetic to others and appreciate what you have.
  10. Be kind to yourself. You should treat yourself as you treat your best friend. It is important to feel respected and loved by others, but you have to start with yourself. Make a list of all your good qualities, and let go of people who are only bringing you down.

Wednesday, October 30, 2013

Mesyuarat Bahagian Dan Majlis Perpisahan

Mesyuarat Bahagian Strategi Korporat Bil. 6/2013 telah diadakan pada 30 Oktober 2013 bertempat di Bilik Perbincangan BSK. Mesyuarat yang diadakan secara bulanan ini bertujuan untuk mengemas kini dan mendapatkan maklum balas mengenai kerja-kerja yang sedang dilaksanakan di Bahagian ini.
Selepas mesyuarat selesai, satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Puan Norizan binti Lob, Ketua Penolong Pengarah BSK yang akan bertukar ke Bahagian Pemuliharaan Kraf pada 1 November 2013 nanti.
Seluruh anggota kerja Bahagian Strategi Korporat mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.

Friday, October 25, 2013

Tahniah Pengerusi Kraftangan Malaysia

Sekalung tahniah buat Pengerusi Kraftangan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Dato' Sohaimi Shahadan yang telah memenangi kerusi Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2013-2016. Pengumuman berkenaan telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada 20 Oktober 2013 bertempat di Menara Dato' Onn, PWTC sempena Pemilihan UMNO 2013. 


Wednesday, October 23, 2013

Fakta Psikologi


Friday, October 18, 2013

10 Perbuatan Yang Sia-Sia

Menurut Imam Ats-Tsauri yang merupakan salah seorang ulama hadis yang terkemuka, terdapat 10 perbuatan baik yang dianggap termasuk dalam kategori sia-sia jika dilakukan iaitu :

  1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak dipohonkannya doa tersebut untuk kedua ibubapanya dan kaum Muslimin. 
  2. Orang yang kerap kali membaca Al-Quran, tetapi tidak membacanya secara tertib sekalipun sehingga seratus ayat setiap hari. 
  3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian keluar dari masjid tanpa mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid.
  4. Orang yang melalui tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur, dan tidak mendoakan keselamatan untuk arwah-arwah mereka.
  5. Lelaki yang masuk ke satu kota pada hari Jumaat, kemudian dia keluar dari kota tersebut tanpa mendirikan solat Jumaat.
  6. Orang yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  7. Dua yang bersahabat tetapi mereka tidak saling bertanya, atau mengambil tahu tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
  8. Orang yang mengundang seseorang sebagai tetamunya, tetapi tidak dilayan tetamu tersebut dengan sebaiknya. (bersifat acuh tidak acuh)
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
  10. Orang yang tidak menyedari tentang tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan dengan kenyangnya.

Thursday, October 10, 2013

Lawatan Felo Perdana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) Ke Kraftangan Malaysia

Pada 9 Oktober 2013, Kraftangan Malaysia telah menerima kunjungan 2 peserta Felo Perdana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) iaitu En. Aliff Ashari dan Cik Farah Norzam. Lawatan berkenaan adalah bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai struktur dan peranan Kraftangan Malaysia selaku agensi peneraju industri kraf negara. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Norizan binti Lob bertempat di Pusat Rekaan Kraf.
Untuk makluman, program Felo Perdana telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada anak muda Malaysia menimba pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara. Mereka terdiri daripada 70 anak muda yang merupakan lepasan graduan dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Program ini juga berteraskan beberapa elemen seperti mengenal pasti bakat kepimpinan muda, kerajaan sebagai kerajaan yang mesra orang muda dan kepentingan kepada penglibatan yang strategik.
Peserta Felo Perdana telah dibawa melawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur serta Muzium Kraf dan butik Karyaneka. Selain itu juga, peserta tersebut telah dibawa untuk melawat Institut Kraf Negara. Terima kasih diucapkan kepada Puan Zuraida binti Mokhtar selaku Pengarah Institut Kraf Negara yang telah sudi meluangkan masa untuk memberi penerangan ringkas mengenai IKN serta lawatan ke bengkel-bengkel jurusan kraf.

Friday, September 20, 2013

Hala Tuju Perkhidmatan Awam 2013

Salam sejahtera, Admin ingin berkongsi mengenai YAB Perdana Menteri kita telah menggariskan 7 Hala Tuju Keutamaan Penjawat Awam bagi tahun 2013. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menggalas dan merealisasikan sepenuhnya ketujuh-tujuh hala tuju tersebut. Tujuh Hala Tuju Penjawat Awam 2013 oleh YAB Perdana Menteri adalah seperti berikut :

  1. Memastikan perpaduan nasional terus diperkukuhkan berpaksikan Gagasan 1Malaysia : "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan." ;
  2. Menguruskan ekonomi dengan baik untuk memastikan pertumbuhan negara terus berkembang, dan pengagihan kekayaan kepada rakyat berdasarkan prinsip keadilan sosial ;
  3. Melaksanakan Bajet 2013 dengan licin, lancar dan berkesan mengikut jadual yang telah ditetapkan ;
  4. Melaksanakan sepenuhnya Dasar Transformasi Nasional seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ;
  5. Melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ;
  6. Indeks Prestasi Utama (KPI) setiap menteri dan Kementerian perlu dicapai sepenuhnya ; dan
  7. Meneruskan penambahanbaikan sistem penyampaian kerajaan berdasarkan enam prinsip baru perkhidmatan awam iaitu CTI (Cepat, Tepat dan Integriti) dan PCI (Produktif, Kreatif dan Innovatif).
Admin berharap agar hala tuju ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua mencapai kecemerlangan di dalam melaksanakan tugas-tugas seharian.

                                                              Petikan daripada Amanat Ketua Setiausaha Negara 2013

Friday, August 30, 2013

Kelahiran Puteri Mia Maisara

Tahniah diucapkan kepada Puan Ainiatul Hasmiah Abdullah telah selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Ampang pada 17 Ogos 2013 dengan berat 3.1kg.  Semoga puteri yang diberi nama Mia Maisara ini akan jadi anak solehah..amin..




Friday, April 19, 2013

SALAM TAKZIAH...


Bahagian Strategi Korporat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga YBhg. Tan Sri Aishah Ghani (Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia tahun 1985-1997) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19 April 2013 jam 12:50 tengahari di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur kerana sakit tua. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Monday, April 15, 2013

Kelahiran Baru




Ucapan tahniah buat Puan Zulaili Abdul Kadir, salah seorang anggota kerja Bahagian Strategi Korporat di mana beliau telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.7kg pada tarikh 5 April 2013. Semoga kehadiran bayi lelaki yang diberi nama Aysar Fawwaz Shah menambah keceriaan buat keluarga Puan Zulaili.

Friday, April 5, 2013

Mesyuarat Bahagian Strategi Korporat Bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Mesyuarat bahagian ini bersama TKP(O) telah diadakan pada 3 April 2013 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat ini adalah berkaitan dengan tugas-tugas yang dilakukan oleh anggota-anggota kerja BSK. Di samping itu, pelbagai idea, teguran dan pandangan telah diutarakan oleh TKP(O) bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan urusan seharian BSK.

Tuesday, March 26, 2013

Tahniah....Dapat Baby Baru...




Ucapan tahniah ditujukan kepada Puan Asmah binti Awang dan keluarga atas kelahiran bayi lelaki comel. Bayi seberat 3.98kg yang dilahirkan pada 1 Februari 2013 di Hospital Ampang telah diberi nama Muhammad Nur Syahir. Semoga kelahiran Syahir menambahkan lagi kebahagiaan keluarga Puan Asmah.
Keluarga Baru Bahagian Strategi Korporat



Pada 4 Februari 2013, bahagian ini telah menerima anggota baru iaitu Hajah Norizan binti Lob, Pegawai Ehwal Ekonomi (E44). Seluruh anggota kerja BSK mengalu-alukan kedatangan beliau ke bahagian ini dan berharap agar beliau dapat memberi tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman kepada anggota-anggota kerja BSK.
 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates