Sempena pertukaran 3 orang pegawai di BSK, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 14 Oktober 2011. Di dalam majlis itu Encik Harmaini selaku pengacara majlis telah menyampaikan kata-kata puisi khas untuk Puan Zuraida.
Alahai
kak zu,....macam sekejap je kita bersua, macam baru semalam je kita bertemu,
esok lusa dah terpisah semula.
Untuk
kak zu... banyak yang nak dibicara, tak terucap dengan kata-kata, kadang-kadang
sedih, gembira pun ada. Dah hampir 18 tahun katanya, di sini, di BSK ni lah kak
zu bertapa, lama rasanya, tak ternilai budi, tak terkira jasa. Nak di hitung
bakti dan jasa, memang kak zu ibarat guru, kadang-kadang marah, kadang-kadang
lucu tapi yang pasti kau tak buat sesuatu dengan melulu, kau fikir dulu, lepas
tu, kau sattle satu persatu, kadang-kadang kami pun cemburu.
Kak
zu.... sekali pandang sape sangka kau memang kuat, bukan kuat makan atau kuat
menjerit tapi kau punya azam yang tinggi melangit, bawak fail, bawak buku
sampai tersenget-senget, kadang-kadang sampai sakit, kami lihat je tak
terkelip-kelip, alahai... kesiannya kak zu, dinihari kau dah keluar rumah,
datang ofis tergopoh gapah nasib baik kami semua ni peramah, lega sikit
lepaskan lelah.
Petang...
orang dah balik tapi kau masih di bilik, banyak kerja yang nak dibelek, tapi
kak zu... kau ada adik-adik, di sini di BSK, yang tinggi, yang comel mahu pun
yang pendek, kau buat kami bahagia walau kadang-kadang kami terpaksa tapi
amanah tetap kau jaga, itu yang buat kami gembira.
Kak
zu.... kalau ada kuasa, memang kami nak halang, jangan la kau pergi ke seberang
even ke selayang, memang tak jauh, tapi bukannya senang, entah bila la
dapat
makan bersama lagi, esok lusa memang tak pasti, macam mana la kami nak hadapi
bila kak zu dah tak da nanti, tapi kami terpaksa relakan pemergian, kerana itu
sebuah perjuangan, Cuma kami minta, kisah di sini dilupa jangan, kami doakan
kak zu bahagia berpanjangan, diiring doa dan juga harapan moga ingatan tetap
berkekalan.
Salam
sayang dari kami untuk kak zu yang kami hormati, selamat jalan, moga berjumpa
lagi.
Izinkan Kak Zu pergi
apa lagi yang nak ditangisi
semogalah pengganti kami
dapat lebih mengerti hati
memang berat kami rasa
ditinggalkan kak zu yang tercinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kami jalani
selamat tinggal
kami doakan kak zu selalu bahagia
hanya pesan kami
jangan lupa kirimkan kabar