Thursday, November 28, 2013

SESI PEMUKIMAN RANCANGAN MALAYSIA Ke-11 (RMKe-11) TAHUN 2016-2020


Satu sesi pemukiman (retreat) penyediaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMke-11) telah diadakan pada 22-25 November 2013 bertempat di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi. Sesi pemukiman ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Dato' Mohd. Kamil Mohd. Ali dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kraftangan Malaysia.


Di antara pengisian pada sesi pemukiman pada kali ini adalah :

  • Taklimat penyediaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).
  • Pembentangan Pencapaian Key Performance Indicator (KPI) 2013 oleh Pengarah-Pengarah Cawangan.
  • Pembentangan Perancangan Kerja Tahunan (PKT) bagi tahun 2014 oleh Pengarah-Pengarah Bahagian.
  • Penyediaan RMKe-11 mengikut program-program iaitu :
                 - Program Pemasaran Kraf
                 - Program Penyelidikan dan Pembangunan
                 - Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
                 - Program Pembangunan Kemahiran Kraf
                 - Program Jejak Warisan Kraf
                 - Program Fizikal




Bahagian Strategi Korporat selaku urus setia pada sesi pemukiman ini mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang telah terlibat dalam penyediaan RMKe-11. Turut tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada anggota kerja Kompleks Kraf Langkawi yang turut membantu bagi menjayakan sesi pemukiman ini.





Wednesday, November 27, 2013

PROGRAM BICARA AGAMA BERSAMA USTAZ DON : HIJRAH SATU PENGORBANAN


Salam sejahtera,
Pihak pengurusan Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mengadakan PROGRAM BICARA AGAMA BERSAMA USTAZ DON. Maklumat berkenaan program tersebut adalah seperti berikut :
TARIKH                :          28 NOVEMBER 2013 (hari Khamis)
MASA                    :          9:30 pagi hingga 10:30 pagi
TEMPAT               :          PANGGUNG SARI
                                          BANGUNAN SERI UTAMA
                                          KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
PENCERAMAH    :         USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID
Semua anggota kerja ibupejabat Kraftangan Malaysia, PKKM Cawangan Selangor, Institut Kraf Negara (IKN), Karyaneka dan Kraf Holdings dijemput untuk menghadiri program bicara agama ini.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).


                   


Thursday, November 21, 2013

Untuk Memahami GST - Apa Yang Perlu Anda Tahu?




GST (Goods & Services Tax) atau CBP (Cukai Barang & Perkhidmatan)  adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dibayar apabila pengguna berbelanja. GST akan menggantikan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP). Ia bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisyen, telus dan mesra perniagaan. GST mula dilaksanakan di negara Peranchis seawal tahun 1950an. Kini, lebih 160 negara telah melaksanakan GST. Di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakan. Malaysia akan melaksanakan GST pada 1 APRIL 2015.



BAGAIMANA GST DIKUTIP?

Kutipan GST melibatkan kutipan di setiap rantaian bekalan dari pengilang, pemborong, peruncit sehinggalah pembeli/pengguna. Setiap kali berlaku transaksi di dalam rantaian bekalan pemborong dan peruncit yang mengutip GST akan menuntut balik input cukai GST yang dikenakan (Pembekalan Berkadar Standard).




* ilustrasi menunjukkan contoh bagaimana kutipan dan tuntutan balik input cukai dengan harga dan nilai jualan.

BAGAIMANA DENGAN PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR?

Ini adalah bekalan yang dikenakan cukai yang tertakluk kepada kadar sifar. Perniagaan adalah layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperoleh bekalan ini dan mengenakan CBP (GST) pada sifar kadar kepada pengguna.






Nota :
  • Dalam contoh di atas, pembekalan oleh pemborong adalah pembekalan berkadar sifar. Tiada CBP dikutip oleh pemborong pada jualan kepada pengguna tetapi dia berhak untuk menuntut semua CBP input ke atas overhead, jentera dan pembungkusan.
  • Bagaimanapun, bagi ilustrasi di atas, input lain diabaikan. Harga akhir pengguna perlu membayar RM 125.00 (tiada CBP).




BAGAIMANA DENGAN PEMBEKALAN DIKECUALIKAN?

Ini adalah pembekalan tanpa cukai yang tidak tertakluk kepada CBP. Perniagaan tidak layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperoleh bekalan ini, dan tidak boleh mengenakan cukai output kepada pengguna.







FAEDAH-FAEDAH GST :
  1. Mengurangkan Kos Perniagaan : Dibawah CJP, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun, dengan GST, peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.
  2. Meningkatkan Pematuhan : CJP mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan.
  3. Mengurangkan Karenah Birokrasi : Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.
  4. Memberi Kesaksamaan : Kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhdimatan.
  5. Menjadikan Harga Lebih Berpatutan Kepada Pengguna : GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.
  6. Menjamin Ketelusan : GST adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.





JENIS BARANG / PERKHDIMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST

Bagi tujuan sosio-ekonomi, barang dan perkhidmatan tertentu tidak dikenakan GST, antaranya :

  • Makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak.
  • Pembelian dan penyewaan rumah kediaman.
  • Jual beli tanah pertanian.
  • Pendidikan.
  • Pengangkutan awam.
  • Perkhidmatan kesihatan.

* Harapan penulis agar maklumat-maklumat di atas yang serba ringkas dapat memberi penerangan secara dasar mengenai GST. Pembaca-pembaca budiman dinasihatkan agar dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan GST di laman-laman sesawang.

















Friday, November 15, 2013

Sekalung Tahniah

Bahagian Strategi Korporat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anak-anak anggota Kraftangan Malaysia yang telah menempa kejayaan di dalam peperiksaan UPSR dan juga UPSRA bagi tahun 2013 yang telah diumumkan pada 14 November 2013. Semoga momentum kejayaan yang cemerlang dapat dikekalkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Syabas !

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

Bahagian Strategi Korporat mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435H kepada seluruh warga Kraftangan Malaysia semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik olehNya. Moga beroleh keberkatan...Amin.



Friday, November 1, 2013

Mohon Derma Darah Jenis A Negatif (A-)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Untuk makluman, ibu kepada Puan Marlina binti Zakaria dari Bahagian Strategi Korporat telah dimasukkan ke Wad ICU Hospital Ampang pada 29 Oktober 2013 (Selasa) kerana mengalami stroke dan masih tidak sedarkan diri sehingga kini.

Sehubungan dengan itu, ibunya akan menjalani pembedahan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada hari ini (1 November 2013) dan memerlukan darah jenis A negatif (A-).  Pada masa ini, Pusat Darah Negara memaklumkan pihaknya hanya mempunyai bekalan 1 beg darah jenis A negatif (A-).  Dipohon kerjasama tuan/puan yang memiliki darah jenis tersebut sudi menderma dan menghubungi Puan Marlina binti Zakaria (019-6965218) atau Pusat Darah Negara (03-2693 3888).

Jasa baik tuan/puan amatlah diharapkan.  

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates