Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Untuk makluman, ibu kepada Puan Marlina binti Zakaria
dari Bahagian Strategi Korporat telah dimasukkan ke Wad ICU Hospital Ampang pada
29 Oktober 2013 (Selasa) kerana mengalami stroke dan masih tidak
sedarkan diri sehingga kini.
Sehubungan dengan itu, ibunya akan menjalani
pembedahan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada hari ini (1 November 2013) dan
memerlukan darah jenis A negatif (A-). Pada
masa ini, Pusat Darah Negara memaklumkan pihaknya hanya mempunyai bekalan
1 beg darah jenis A negatif (A-).
Dipohon kerjasama tuan/puan yang memiliki darah jenis tersebut sudi
menderma dan menghubungi Puan Marlina binti Zakaria (019-6965218) atau Pusat Darah Negara
(03-2693 3888).
Jasa baik tuan/puan amatlah diharapkan.
2 comments:
Panjangkan entry ni ke BKK supaya boleh dimuat turun ke face book kraftangan. atau boleh juga mohon kepada anggota kerja untuk menghebahkan keperluan ini melalui laman sosial peribadi mohon bantuan.
Post a Comment