Thursday, October 2, 2014

Salam Aidil Adha 1435H


Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya:

" Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal
yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah
(menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat
dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. 
Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi
Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat 
korban itu dengan hati yang bersih."

(Hadith riwayat Tirmidzi)

Bahagian Strategi Korporat mengucapkan Salam Aidil Adha 1435H kepada seluruh warga kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang beragama Islam. Semoga Allah SWT menerima amalan kita, mengampunkan kita dan memakbulkan doa-doa kita. Inshaa Allah..

Monday, September 15, 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA


Selamat Hari Malaysia ke 51 kepada anda semua. Sebagai pengetahuan bersama, apakah perbezaan di antara Hari Merdeka dan Hari Malaysia? 

Hari Merdeka disambut di seluruh negara pada tarikh 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas dari belenggu penjajahan sejak 1511. Manakala Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Melalui info sejarah, pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963, namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am bagi semua negeri di Malaysia. 
(sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/)

Wednesday, August 27, 2014

SALAM KEMERDEKAAN KE 57


31 Ogos 1957, lahirnya sebuah negara merdeka bernama Malaysia. Bahagian Strategi Korporat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 dengan harapan agar negara kita akan sentiasa aman dan makmur untuk selamanya.

Tema hari kemerdekaan pada tahun ini adalah " Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta".


Thursday, July 24, 2014

Salam Aidilfitri Dari Warga BSK



Monday, July 14, 2014

NUZUL AL-QURAN 17 RAMADHAN 1435


Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan hadirnya peristiwa besar Nuzul Al-Quran dengan itu marilah kita menggandakan amal ibadah dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan, sebagai rujukan dan sebagai pembentuk jiwa agar kita begitu hampir dan bertaqwa kepada Allah SWT, dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan mendapat kebaikan di dunia mahupun di akhirat.


Wednesday, July 9, 2014

ALAMILAH KEMERIAHAN WARNA WARNI AIDILFITRI 2014 DI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR




Monday, June 30, 2014

Ramadhan Ya Marhaban


Bahagian Strategi Korporat mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia, dan semoga segala amal ibadah kita akan diterima dan diberkati Allah SWT.

Wednesday, January 29, 2014

SELAMAT BERCUTI

Salam sejahtera buat semua warga kerja Kraftangan Malaysia,

Bahagian Strategi Korporat mengucapkan selamat bercuti kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina 2014 serta cuti Hari Wilayah. Memandangkan cuti yang agak panjang, tentunya pelbagai rancangan telah diatur bersama keluarga seperti balik kampung ataupun bercuti ke tempat-tempat peranginan.


Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan anda telah diselenggara dengan sempurna agar tidak terganggu semasa perjalanan ke destinasi yang dituju. Dan sebaik-baiknya, sebelum memulakan perjalanan juga, bacalah doa menaiki kenderaan seperti berikut :



Akhir sekali, disertakan cadangan waktu perjalanan bagi mereka yang akan menggunakan lebuhraya. Selamat Bercuti !

*cadangan jadual waktu perjalanan ini dipetik dari laman sesawang PLUS.

Tuesday, January 21, 2014

QUOTE OF THE BEGINNING FOR YEAR 2014




- sharing is caring -

Monday, January 13, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap tarikh 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).

Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”

TUJUAN SAMBUTAN
1. Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3. Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4. Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
  • Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.

33:21
Allah SWT berfirman: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia juga menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab, ayat 21).


AMALAN SUNAT MAULID NABI
Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebih baik kita melakukan:
1. Puasa sunat
2. Mandi sunat
3. Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4. Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5. Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6. Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7. Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:
  • Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
  • Syarahan sirah Nabi
  • Forum agama dan perpaduan
  • Marhaban
  • Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.


FADILAT MAULIDUR RASUL
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
  1. Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
  2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperoleh oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.
  3. Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:
  • Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
  • Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
  • Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
  • Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
  • Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.

Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan:
  • Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
  • Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
  • Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.
Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”


Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”


 والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab


Thursday, January 9, 2014

Langkah Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Sektor Awam


Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula pada 1 Januari 2014 dalam usaha untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemat.
11 langkah tersebut adalah seperti berikut :
  1. Elaun keraian menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan dikurangkan  sebanyak 10%. Elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas akan dikurangkan sebanyak 5% hingga 10%.
  2. Pengurangan sebanyak 5% kos utiliti elektrik di kesemua kementerian/jabatan/agensi/premis kerajaan.
  3. Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau 30%.
  4. Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian/jabatan/premis kerajaan dibekukan.
  5. Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study, di mana cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
  6. Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  7. Pindaan terhadap kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam. Sebagai contoh, kelayakan penerbangan sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
  8. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  9. Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  10. Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis kerajaan.
  11. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) dan juga kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates