Monday, February 16, 2015

Selamat Tahun Baru Cina 2015 Dan Selamat Bercuti



Tahun Baru Cina (Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.

Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan
Pada tahun 2015 ia merupakan tahun kambing (biri-biri) yang akan disambut pada 19 Februari 2015
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.

Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.

Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.

Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.

Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang
Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Bahagian Strategi Korporat mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina 2015" kepada seluruh warga Kraftangan Malaysia dan rakyat Malaysia serta berhati-hati semasa memandu untuk balik kampung semasa di musim perayaan ini. Bagi memudahkan perjalanan anda, di sini disediakan cadangan jadual perjalanan bagi mereka yang menggunakan lebuhraya nanti. 

sumber : http://www.plus.com.my


Friday, February 6, 2015

Kelahiran Kembar


Untuk makluman, anggota kerja bahagian ini iaitu Puan Ainiatul Hasmiah binti Abdullah telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar perempuan (berat 2.1kg dan 2.01kg) secara pembedahan pada 30 Januari 2015 di Hospital Ampang. Semoga dengan kehadiran pasangan kembar ini akan menambahkan lagi kemeriahan, murah rezeki dan menjadi anak-anak yang solehah. Tahniah diucapkan kepada keluarga Puan Ainiatul Hasmiah.

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates